28 Oktober 2012 - 01:02

Seminar ilmu "Haruskah Syiah ditolak?" berjaya memberikan penerangan kepada mahasiswa walaupun diganggu oleh ekstremis Sunni.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sejarawan Nahdhatul Ulama (NU) dan pensyarah Universiti Brawijaya Malang, Dr. Agus Sunyoto berkata, semua bentuk perbalahan mazhab di kalangan umat Islam sudah dirancang oleh kospirasi global demi menjaga kepentingan Amerika dan Israel. Mengenai beberapa kes penganiayaan terhadap pengikut mazhab Syiah, beliau optimis menafikan Syiah sebagai aliran sesat.

Beliau berkata demikian pada 22 Oktober dalam seminar “Haruskah Syi’ah Ditolak?” yang diselenggarakan oleh Senat Mahasiswa Fakulti Ushuludin IAIN Sunan Ampel Surabaya dan PMII Komisariat Ushuludin Surabaya.


“Bagaimana orang Sunni boleh mencap Syiah sebagai aliran sesat? Sedangkan Imam Maliki, Imam Hanbali, Imam Hanafi dan Imam Syafii menimba ilmu dari Imam Ja’far Shodiq baik secara langsung atau tidak langsung. Imam Ja’far Shodiq adalah salah satu Imam Syiah”. Tambahnya, “Kalau Syiah sesat bagaimana dengan ajaran keempat mazhab tersebut ?. Drama-drama seperti itu hanyalah keluaran secara berulang daripada peristiwa-peristiwa sejarah dengan waktu dan tempat yang berbeza semata-mata".

Prof. Dr. Syamsul Arifin selaku tokoh Muhammadiyah dan Mudir Universiti Muhammadiyah Malang turut menguatkan kenyataan Agus Sunyoto dengan menyatakan bahawa secara sosiologi “Penganiayaan di Sampang” itu bertentangan dengan budaya persaudaraan 'tretan dibi’ dalam masyarakat Madura, atau seperti “pela gandong-nya” masyarakat Ambon.

Namun seminar ini berakhir dengan kekecohan apabila Ketua Bidang Organisasi al-Bayyinat iaitu Ahmad Bin Zein Alkaff yang terkenal dengan sikap anti Syiah dan sejak awal berada di barisan hadapan berteriak dengan nada yang tinggi "Adakah kecintaan hadirin kepada Rasulullah, kepada Istri-istri Rasulullah?" Ahmad kemudian menyambungnya dengan selawat serta menyatakan bahawa golongan yang menghina isteri-isteri Nabi sebagai golongan sesat. Namun selawat Ahmad disambut dengan laungan "Ya Husein.. Ya Husein" daripada hadirin yang berada di belakangnya.

Ahmad kemudiannya meminta seminar itu dibubarkan, namun pemerhati budaya Emha Ainun Nadjib menolak keras dengan mencabar agar Ahmad mengirim surat kepada pihak pemerintah supaya mengharamkan Syiah.

Dekan Fakultas Ushuludin IAIN Sunan Ampel merasa terkejut dengan kekocohan dalam seminar ilmu ini dengan mengatakan, "Saya terkejut ketika ini dipermasalahkan. Padahal bagi Ushuludin, ini hanyalah ceramah biasa. Kita sering diskusi ini. Hanya kita ingin pendapat objektif daripada yang ada keyakinan."

Seminar ini akhirnya dibubarkan juga atas permintaan badan perisikan indonesia. Pengerusi menutup seminar dengan meminta Emha Ainun Nadjib memimpin bacaan doa dan berselawat bersama.